Lama aku menghilang, membawa diri.
Akhirnya terbawa-bawa.
Hilang tanpa berita. Sunyi tanpa bunyi.
Hati terguris, badan menyusut, jiwa merana.
1 menjadi 2. Inilah dia titik-titik nokhtah hidup.
Ada yang hilang pergi, ada yang datang kembali.
Bak kata pepatah,
Patah tumbuh, hilang berganti.
Yang pergi ada bersebab,
Semestinya baik sebab itu.
Yang datang bersebab,
Sama ada baik, mahupon sebalik.
Hidup tetap diteruskan,
Mahu pon keseorangan, andai pon berpasangan.
Aku yakin, dan sebenar-benar yakin,
Ujian datang dengan kebaikan,
Bukan setakat kebaikan, meskipon datang sebagai pengajaran.
"Aku kembali senyum"

0 comments:
Post a Comment